Ahad, 12 Februari 2012

Assalamualaikum....

August 7, 2008

أهلا وسهلا بك زائرنا الكريم
Selamat datang kepada para pelawat kami yang dimuliakan
الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده ، أما بعد
Firman Allah Swt:
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Masjid Al-Fajar telah menginisiatifkan satu kaedah pembelajaran umum yang dinamakan "Daurah Quran". Ia adalah satu mekanisma pemantapan ilmu ahli masjid dengan cara berbincang dalam satu kumpulan kecil dengan menjadi terjemahan dan tafsiran Al-Quran sebagai topik.
Daurah adalah medan perbincangan agama yang luas dan tidak terhad. Menjadi Al-Quran sebagai rujukan pembuka dalam daurah adalah simbolik sumber imu yang terbit dari Al-Quran.Para peserta daurah digalakkan membuat research mengenai mukasurat yang akan dibincangkan sebelum sesi daurah bermula. Para peserta daurah juga digalakkan datang dengan persoalan dan kemusykilan yang dicatatkan untuk dibahaskan dan dijawab oleh para ustaz yang merupakan tenaga-tenaga penggerak daurah.
Akhir sekali...Daurah bukan kelas pengajian yang dikendalikan oleh seorang individu tetapi merupakan sistem yang dikendalikan secara kolektif.


ANDA   TANYA   USTAZ   JAWAB 

Makna ayat 29 Surah Ar-Rahman (m/s 532):




يسأله من في السماوات والأرض كل يوم هو في شأن، فبأي آلاء ربكما تكذبان

Maksudnya:
Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadanya. setiap waktu dia dalam kesibukan
Isu ditimbulkan oleh En. Suradi dalam daurah sebelumnya dan dijawab oleh Ust. Kamaruddin dengan membawa satu petikan daripada Tafsir Qurtubi yang mengisahkan makna " Allah sentiasa sibuk setiap hari..." iaitu:


وسأل بعض الأمراء وزيره عن قوله تعالى: "كل يوم هو في شأن" فلم يعرف معناها، واستمهله إلى الغد فانصرف كئيبا إلى منزل فقال له غلام له أسود: ما شأنك؟ فأخبره. فقال له: عد إلى الأمير فإني أفسرها له، فدعاه فقال: أيها الأمير! شأنه أن يولج الليل في النهار، ويولج النهار في الليل، ويخرج الحي من الميت، ويخرج الميت من الحي، ويشفي سقيما، ويسقم سليما، ويبتلي معافى، وحافي مبتلى، ويعز ذليلا ويذل عزيزا، ويفقر غنيا ويغني فقيرا، فقال له: فرجة - عني فرج الله عنك، ثم أمر بخلع ثياب الوزير وكساها الغلام، فقال: يا مولاي! هذا من شأن الله تعالى
Isu-isu yang dibincangkan:
Maksud 'Solat Wusta" dalam ayat 238 surah Al-Baqarah (m/s39)

  Soalan dikemukakan oleh En. Suradi dalam daurah sebelumnya dan dijelaskan dalam daurah ini oleh Ust. Kamaruddin. Apa yang jelas, para ulama berkhilaf pandangan tentang makna "Solat Wusta". Tafsir Al-Qurtubi telah menyenaraikan 10 pandangan yang berbeza-beza mengenai makna "Solat Wusta". Namun, pendapat yang mengatakan solat wusta adalah solat asar dipegang oleh jumhur para ulama.
Rujukan cadangan:

  .Pada zaman Firaun, anak perempuan dibiarkan hidup dan anak lelaki dibunuh kerana ingin menyekat naiknya lelaki hebat yang boleh merampas kekuasaan daripadanya. Perbuatan seperti ini terus berlaku sehingga hari ini di mana kemuculan lelaki hebat disekat daripada menapak tangga kekuasaan.Sementara itu, pada zaman Arab Jahiliah, anak perempuan pula dibunuh dan anak lelaki dibiarkan hidup.
.  En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai maksud Surah Al-Ambiyaa ayat 69:
Maksudnya: Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim"
Ust. Kamaruddin mengulas mengarah ke arah persoalan akidah, bahawa tiada benda yang memberi bekas dengan izin Allah. Api tidak boleh membakar tanpa izin Allah. Kalau api boleh membakar, tentu api itu mebakar nabi Ibrahim. Namun, kerana atas sifatnya sebagai api, ia tidak bisa memberi kesan bakaran jika tiada izin daripada Allah swt.
  En Suradi minta ulas mengenai kisah Harut Marut-Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa kisah tersebut terdapat dalam m/s 16 dan akan dibincangkan kemudian. Cerita harut dan marut banyak diwarnai oleh Israiliyyat. Sebenarnya harut dan marut adalah 2 malaikat yang taatkan Allah dan tidak berbuat derhaka sebagaimana diceritakan dalam israiliyyat.

   Ustaz Farihan mendatangkan Asbabun Nuzul Ayat:
Riwayat daripada Mujahid: Salman al-Farisi menceritakan tentang sahahabat-sahabatnya sebelum dia masuk Islam. Menurutnya, mereka itu solat, berpuasa, beriman dengan nabi Muhammad dan bersaksi bahawa nabi Muhamamd akan dibangkitkan. Nabi Muhammad memberi jawapan kepadanya dengan mengatakan: "mereka adalah ahli neraka".Jawapan Rasulullah itu menyebabkan Salman rasa amat sedih. Lalu turunlah ayat ini memberi jawapan dan menenangkan hati Salman.
Petikan daripada Tafsir Ibn Kathir:
وقال السدي {إن الذين آمنوا والذين هادوا والنصارى والصابئين من آمن بالله واليوم الاَخر وعمل صالحاً} الاَية, نزلت في أصحاب سلمان الفارسي بينا هو يحدث النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر أصحابه فأخبره خبرهم, فقال كانوا يصلون ويصومون ويؤمنون لك ويشهدون أنك ستبعث نبيا, فلما فرغ سلمان من ثنائه عليهم قال له نبي الله صلى الله عليه وسلم «يا سلمان هم من أهل النار», فاشتد ذلك على سلمان فأنزل الله هذه الاَية
   En Suradi menyebutkan tentang satu sumber yang dikatakan hadis bermaksud;"jika anda solat di kandang kambing, ianya sah. Jika anda solat di kandang unta, tidak sah". Minta cari sumbernya. Jika ada apa maksudnya?

Hadis tersebut adalah seperti berikut:
‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏صلوا في ‏ ‏مرابض ‏ ‏الغنم ولا تصلوا في ‏ ‏أعطان ‏ ‏الإبل
Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasululah saw telah bersabda: "Bersolatlah kamu di kandang kambing dan jangan bersolat di kandang unta"
(Sunan Tarmizi)

Mengenai hadis solat di kandang kambing, terdapat hadis yang menyebutkan mengenainya seperti berikut:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي قَبْلَ أَنْ يُبْنَى الْمَسْجِدُ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ

Daripada Anas beliau berkata : Dulu Rasulullah s.a.w bersembahyang di kandang kambing sebelum dibina masjid.
(Riwayat Al-Bukhari)
Berkata As-Syaukani dalam Nailul Authar: Hadis tersebut menunjukkan keharusan solat di kandang kambing dan keharaman solat di kandang unta.
Imam Malik pernah ditanya tentang hukum solat di kandang unta. Katanya : "Tidak boleh!". Lalu dikatakan kepadanya, seadainya dihamparkan baju?Katanya: "Tetap tidak boleh!".
Merujuk kepada pandangan beberapa sahabat, tujuan surahan dan larangan Rasulullah tersebut adalah kerana perbedaan sifat najis kambing dan unta. Najis kambing yang bulat dan tidak cemar berbeza dengan najis unta yang fizikalnya bertaburan dan cemar.
قال الشوكاني في النيل : والحديث يدل على جواز الصلاة في مرابض الغنم وعلى تحريمها في معاطن الإبل , وإليه ذهب أحمد بن حنبل فقال لا تصح بحال , وقال من صلى في عطن إبل أعاد أبدا . وسئل مالك عمن لا يجد إلا عطن إبل قال لا يصلي فيه , قيل فإن بسط عليه ثوبا قال لا : وقال ابن حزم : لا تحل في عطن إبل , وذهب الجمهور إلى حمل النهي على الكراهة مع عدم النجاسة وعلى التحريم مع وجودها , وهذا إنما يتم على القول بأن علة النهي هي النجاسة وذلك متوقف على نجاسة أبوال الإبل وأزبالها , وقد عرفت ما قدمنا فيه . ولو سلمنا النجاسة فيه لم يصح جعلها علة لأن العلة لو كانت النجاسة لما افترق الحال بين أعطانها وبين مرابض الغنم إذ لا قائل بالفرق بين أرواث كل من الجنسين وأبوالها كما قال العراقي . وأيضا قد قيل إن حكمة النهي , ما فيها من النفور فربما نفرت وهو في الصلاة فتؤدي إلى قطعها , أو أذى يحصل له منها أو تشوش الخاطر الملهي عن الخشوع في الصلاة . وبهذا علل النهي أصحاب الشافعي وأصحاب مالك وعلى هذا فيفرق بين كون الإبل في معاطنها وبين غيبتها عنها إذ يؤمن نفورها حينئذ : ويرشد إلى صحة هذا حديث ابن مغفل عند أحمد بإسناد صحيح بلفظ : لا تصلوا في أعطان الإبل فإنها خلقت من الجن ألا ترون إلى عيونها وهيئتها إذا نفرت . وقد يحتمل أن علة النهي أن يجاء بها إلى معاطنها بعد شروعه في الصلاة فيقطعها أو يستمر فيها مع شغل خاطره : وقيل لأن الراعي يبول بينها . وقيل الحكمة في النهي كونها خلقت من الشياطين , ويدل على هذا أيضا حديث ابن مغفل السابق وكذا عند النسائي من حديثه وعند أبي داود من حديث البراء وعند ابن ماجه بإسناد صحيح من حديث أبي هريرة إذا عرفت هذا الاختلاف في العلة تبين لك أن الحق الوقوف على مقتضى النهي وهو التحريم كما ذهب إليه أحمد والظاهرية . وأما الأمر بالصلاة في مرابض الغنم فأمر إباحة ليس للوجوب . قال العراقي اتفاقا وإنما نبه صلى الله عليه وسلم على ذلك لئلا يظن أن حكمها حكم الإبل أو أنه أخرج على جواب السائل حين سأله عن الأمرين فأجاب في الإبل بالمنع وفي الغنم بالإذن . وأما الترغيب المذكور في الأحاديث بلفظ فإنها بركة فهو إنما ذكر لقصد تبعيدها عن حكم الإبل كما وصف أصحاب الإبل بالغلظ والقسوة ووصف أصحاب الغنم بالسكينة انتهى .




  En Suradi menimbulkan persoalan maksud "wasata" (Sederhana) dalam hadis:
خير الأمور أوسطها
Diulaskan oleh ust. Kamaruddin dengan menceritakan hadis mengenai 3 sahabat yang datang betemu A'ishah bertanya mengenai ibadat Rasulullah. Mereka bertekad untuk melakukan ibadat yang lebih daripada apa yang ditunjukki oleh Rasululah tetapi ditegur oleh Rasulullah dengan katanya:
"Barang siapa yang tidak sukakan sunnahku...maka dia bukan dari kalangan ummatku".
Justeru, makan kesederhanaan adalah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Kesederhanaan adalah apa yang digariskan dalam sunnah baginda.Wallahu a'lam.
En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai sebuah Hadis:
Maksudnya: Semua anak Adam binasa, kecuali yang beriman, Semua orang beriman binasa kecuali yang beramal soleh, semua yang beramal soleh binasa kecuali yang ikhlas.

(Persoalannya: Apakah maksud "binasa" di sini?)
Ust Kamaruddin mengulas dengan membawa firman Allah SWT mengenai sumpah setia Iblis sebagaimana dalam surah Al-Hijr Ayat 39-40:
Maksudnya:Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau Telah memutuskan bahwa Aku sesat, pasti Aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti Aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".
Berdasarkan ayat diatas, orang ikhlas sahaja yang selamat daripada tipudaya syaitan. Oleh itu kebinasaan yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah menjadi mangsa perdaya iblis dan syaitan. Wallahu a'lam.
Komen

Ustaz Farihan mengimbau kisah pembunuhan hartawan Yahudi dan penyembelihan sapi bertina dengan membawa iktibar bahawa kita ditegah berdolak dalik dalam melaksanakan perintah Allah. Perbuatan dolak dalik ini adalah sikap Yahudi.  



   En Suradi menimbulkan persoalan mengenai sebuah hadis, sabda Rasulullah:
"إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب أو العشب"
Yang bermaksud: Jauhi olehmu hasad. Sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu atau rumput.
(Bagaimanakh cara kedengkian itu memakan kebaikan?apakah ia memakan beransur-ansur atau sekaligus?)
Ust. Kamaruddin mengulas sekaligus menyebutkan hadis yang lain mengenai tidak dibenarkan dengki melainkan dalam 2 keadaan iaitu dengki kepada hartawan yang dermawan dan ilmuan yang budiaman. Ulasan juga dikaitkan dengan sebuah hadis mengenai maksud orang muflis iaitu orang yang datang pada hari kiamat dengan pahala yang banyak tetapi banyak menyakiti orang lain, lalu pahala amalnya diambil dan diberikan kepada orang yang disakiti hatta habis pahalanya. Lau dosa orang yang disakiti pula diambil dan dibebankan atasnya. Dengki juga merupakan satu bentuk perbuatan menyakiti orang lain. Persoalan mengenai bagaimana cara kedengkian itu memakan kebaikan, sama ada di dunia atau pada hari akhirat ditangguhkan kepada daurah berikutnya.

Ust. Farihan menarik perhatian tentang kemuncak kejahatan Yahudi. Mereka bukan sahaja mengubah kitab, beriman separuh menurut keinginan hawa nafsu mereka, malah mereka tega mendustakan para Rasul hatta membunuh mereka.

  Bagaimana dengan menceritakan perbuatan jahat diri sendiri pada masa lalu supaya orang mengambil pelajaran? Apakah itu juga dikira sebagai al-muzaahiriin?
Ust. Kamaruddin mengingatkan bahawa perbuatan menceritakan kejahatan masa lalu itu salah atas dua keadaan: a)Ia adalah perbuatan mendedahkan sesuatu keaiban yang sebenarnya telah ditutup oleh Allah. Kita sepatutnya menyembunyikan apa yang disembunyikan Allah.
b)Menceritakan kejahatan masa lalu dengan niat menjadi pengajaran bukan hanya menunjukkan sempadan, tetapi kemungkinan akan menjadi tauladan.
  En Suradi menimbulkan persoalan sebuah hadis yang dipetik daripada buku karangan Ust Ismail Kamus bersumberkan kitab Duaf Al-Kabir karangan Aqili menyebutkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Pada tahun 135 syaitan yang telah dikurung oleh nabi Allah Sulaiman di tanah Arab akan keluar, sembilan persepulun akan menuju ke Irak dan satu persepuluh akan menuju ke Syam. Beliau bertanyakan dari dua sudut:
a) Bilakan tahun 135 itu?
b) Mengapakah Nabi Allah Sulaiman mengurung syaitan-syaitan itu?
Ust. Kamaruddin menanguhkan jawapan ke satu masa yang lain sehingga diketahui taraf hadis tersebut. Berkemungkinan ia adalah sebuah hadis daif kerana sumbernya adalah dari kitab Duaf Al-Kabir. 
  En Suradi membawakan ayat 9 surah Al-Jumu'ah yang bermaksud:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.
(Apakah maksud "bersegeralah"?)
Ust. Kamaruddin menjelaskan perkataan "fas'au" dan "sa'i'" yang menjadi salah satu rukun haji berasaskan kata akar yang sama yang bermaksu lari-lari anak. ia adalah simbolik atau kinayah kepada bersegera. Bersegera itu terpulanglah bagaimana caranya. Bersegera tersebut adalah setelah dilaungkan azan kedua.
Dijelaskan juga bawa azan dua kali jumaat mula dibuat pada zaman saidina uthman bin Affan sebagai khalifah. Namun pada masa tersebut, azan pertama dibuat di luar waktu jumaat dan tempatnya pula di tengah-tengah pasar. Bukan sebagaimana amalan dewasa ini yang mana azan pertama dan kedua dibuat dalam waktu zohor dan dalam tempat yang sama iaitu masjid. 


Tahi lembu-orang yahudi diberi makan najis lembu dengan sebab kekufuran mereka. Bandingan ini adalah sesuai dengan kandungan tahi lembu yang mempunyai gas-gas yang mengkhayalkan yang selalu digunakan oleh penagih dadah untuk menambahkan khayal mereka.


   Hj. Muhammad bertanyakan mengenai pemahaman ayat 68 surah Yasin yang bermaksud: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Ust. Kamaruddin mengulas mengenai fitrah kejadian manusia yang bermula dengan lemah dari segi akal dan fizikal pada mulanya lalu menjadi bijak dan kuat. setelah itu mereka akan dikembalikan kepada kelemahan dari segi akal dan fizikal bila umur tua menjelma.
Seseorang yang telah mencapai usia tua dan nyanyuk sehingga hilang akalnya pada tahap mencacatkan syarat taklifnya, maka tidaklah wajib atasnya melaksanakan tuntutan syariat seperti solat dan sebagainya.
Ust. Farihan menambah bahawa nyanyuk adalah penyakit akal yang sekejap ada dan sekajap hilang. Dalam hal ini, waris perlu memainkan peranan untuk memastikan amalan syariat dapat ditegakkan oleh orang orang tua yang ditimpa penyakit nyanyuk.

   En Suradi mengemukakan satu hadis dari sunan Ibn Majah yang menyebutkan bahawa pada setiap hari Isnin dan khamis Allah mengampunkan dosa orang-orang Islam kecuali yang bergaduh dengan saudara seislamnya. Persoalannya, apakah pada hari-hari yang lain Allah tidak mengampunkan dosa orang-orang Islam?

Ust. Kamaruddin mengulas bahawa sesuatu nas samada Al-Quran maupun Hadis tidak boleh dibaca secara bersendirian. Hadis di atas tidak boleh dibaca secara terpisah dengan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang lain di mana menjelaskan bahawa Allah adalah bersifat pengampun dan sentiasa mengampunkan hambanya. Allah tidak hanya mengampunkan pada hari Isnin dan khamis sahaja tetapi Allah mengampunkan setiap saat dan ketika apabila hambanya meminta keampunan. Hadis tersebut hanya menyatakan kelebihan hari Isnin dan khamis.Wallahu a'lam.

  En Suradi membawakan sebuiah hadis yang lain menganai doa orang zalim akan diterima oleh Allah swt walaupun orang yang dizalimi itu adalah kafir. Persoalannya, bagaimanakah pula doa binatang yang dizalimi.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa manusia yang kafir lebih tinggi kedudukannya daripada binatang. Jika doa orang kafir yang dizalimi pun diterima oleh Allah, apatah lagi doa binatang yang dizalimi. Islam melarang kita menzalimi binatang. Di antara kezaliman terhadap binatang ialah membunuh mereka dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat iaitu dengan membakar. Perbuatan membakar semut kerengga, membakar tikus yang diperangkap dan sebagainya adalah kezaliman terhadap binatang. Membunuh cicak adalah digalakkan berdasarkan hadis, namun membunuhnya berkali-kali adalah juga satu kezaliman dan mengurangkan pahala.



Rabu, 8 Februari 2012

Anda Tanya Ustaz Jawab

1. Hj. Yusuf menimbulkan tentang persoalan bersetubuh di siang hari ramadhan, apakah ia dalam keadaan berpuasa sahaja?Bagaimana jika pelakunya berbuka dahulu.

Ustaz Kamaruddin menjelaskan bahawa jika palakunya berbuka dahulu, tidaklah wajib atasnya kifarat tersebut.

2. Hj. Yusuf juga menimbulkan persoalan bid'ah iaitu mengenai pembahagian bid'ah kepada bid'ah hasanah dan bid'ah sayyi'ah.

Ustaz Kamaruddin menjelaskan ke arah menyimpulkan bahawa tiada bi'ah hasanah dengan memetik pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

3. Hj. Jaafar menimbulkan persoalan mengenai tempat bernama Badar. Semacam apakah ia?

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa Badar adalah sebuah lembah yang ada aliran air.

4. En Ladis menimbulkan persoalan mengenai Bid'ah. Apakah solat taraweh 20 rakaat adalah Bid'ah? Apakah sambutan Ma'al Hijrah adalah Bid'ah?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa Solat Taraweh 20 rakaat adalah tergolong dalam kalangan sunnah. Nabi melakukannya secara bersendirian setelah 8 rakaat berjemaah. 8 Rakaat berjemaah itu dilakukan 3 hari atau 4 hari dalam satu riwayat.

Sementara bagi sambutan Ma'al Hijrah, ia olehlah digolongkan sebagai adat di Malaysia dan tidak termasuk bid'ah. Dengan kata lain, ia tidak menjadi ibadat. Adat, selagi tidak bertentangan dengan syariat tidak menjadi haram.

5. En. Suradi menimbulkan persoalan maksud sebuah hadis yang berbunyi:

تنزهوا من البول، فإن أكثر عذاب القبر منه

Ust Kamaruddin menyebutkan sebuah hadis yang menitikberatkan kencing agar bersih; Hadis Riwayat Ibn Abbas dalam dalam Sahih Bukhari berbunyi:

Nabi SAW telah lalui di dua kubur lalu baginda berkata: Sesungguhnya kedua-duanya sedang disiksa. Dan tidaklah kedua-duanya disiksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya disiksa kerana tidak menjaga kesucian dalam perkara kencingnya dan seorang lagi menyebarkan adu domba.

Jawapan mengenainya juga boleh dirujuk terhadap apa yang telah dijawab oleh Syeikh Abd Aziz bin Baz:

هذا حديث جيد، رواه الحاكم في صحيحه وجماعة، ولفظه: (استنزهوا من البول فإن عامة عذاب القبر منه)، وفي لفظٍ: (أكثر عذاب القبر من البول)، فالمعنى: التحفظ، معناه التحفظ من البول والحذر منه، فإذا أراد الإنسان أن يبول يبول في محلٍ لين، أو في جحرٍ من محل قضاء الحاجة، لا يطير إليه الرشاش، رشاش البول، فالمرأة والرجل كذلك عليهما جميعاً أن يعتنيا بهذا الأمر، فيكون البول في محلٍ لا يطشش على الإنسان، وإذا أصابه شيء منه، طشش على فخذه أو طشش على قدمه فيصب عليه الماء ويغسل مكان ما أصابه، حتى يكون قد تحرز من البول، وإذا كان المحل لين في أرضٍ لينة أو وضع الفرج على نفس الجحر الذي يذهب فيه الماء حتى لا يرتش عليه كفى ذلك، لكن بكل حال التنزه والتحرز طيب، فلو قدر أنه صادف البول حافة محل البول فطشش على فخذ أو على ساق أو قدم فإن المسلم والمسلمة عليهما أن يغسلا ذلك.